Menguruskan perniagaan dalam era digital harini sememangnya bukan mudah. Dalam dunia perniagaan hari ini yang serba canggih dengan kemajuan teknologi, pemilihan platform digital komunikasi di pejabat yang tepat sangat penting kerana ia mampu memberi impak yang besar dalam sebuah syarikat contohnya aplikasi seperti office productivity suites atau collaboration platformsbagi kegunaan dalaman syarikat untuk memudahkan komunikasi dan tugasan harian dikalangan pekerja.
Jika di tanya secara rawak, ramai dikalangan organisasi dan syarikat2 tempatan cenderung menyebut platform Google Workspace. Ianya mungkin kerana populariti dan nama yang sudah biasa kita dengar. Tetapi, adakah ia benar-benar pilihan terbaik untuk organisasi dan perniagaan anda?
Jika anda sedang terfikir-fikir untuk memilih antara Zoho Workplace dan Google Workspace, disini kami akan kongsikan beberapa info penting kenapa Zoho Workplace ialah pilihan yang tepat dan lebih menjimatkan untuk perniagaan anda.
Harga lebih jimat dengan features yang sama?
Sebarang pelaksanaan bagi penggunaan sebarang aplikasi dalam organisasi atau syarikat semestinya akan menjadi satu beban dan kos tambahan. Jadi jika anda rujuk harga pakej bagi Google Workspace, mereka menawarkan pakej langganan dengan kontrak tahunan. Berbeza dengan pakej langganan yang ditawarkan untuk Zoho Workplace, dimana anda boleh memilih untuk melanggan platform ini secara bulanan atau tahunan untuk satu akaun pengguna yang ketara jauh lebih jimat dengan features lebih banyak.
Sebagai contoh, pakej Zoho Workplace Standard merangkumi:
Zoho Mail – Lebih dari sekadar email, lengkap dengan AI features
Zoho Workdrive – Cloud storage untuk simpanan fail
Zoho Office Suite – Mengurus dokumen kerja secara online
Zoho Cliq – Aplikasi komunikasi dalaman syarikat
Zoho Meeting – Aplikasi meeting and berhubung secara online
Zoho Vault – Pengurusan password dengan lebih selamat
Semua akses ini boleh digunakan dengan caj pakej yang jauh lebih jimat berbanding Google Workspace, yang pasti tanpa caj tambahan. Dalam jangka panjang, perbezaan harga ini mampu menjimatkan kos kewangan terutamanya bagi syarikat kecil dan SMEs yang sedang berkembang, atau organisasi dengan bajet kewangan yang terhad.
Satu Platform dengan gabungan aplikasi yang lengkap!
Jika dilihat Google Workspace ada memberikan akses aplikasi asas lain seperti Gmail, Docs, Sheets dan Meet. Zoho Workplace juga menawarkan aplikasi dengan aplikasi Zoho Mail, Zoho Writer, Zoho Sheet, Zoho Meeting dan Zoho Show. Tetapi bukan itu sahaja, pakej yang Zoho tawarkan lebih menyeluruh menggabungkan tambahan aplikasi produktiviti lain untuk kolaborasi dan komunikasi secara dalaman seperti Zoho Workdrive, Zoho Cliq dan Zoho Vault.
Gabungan lengkap ini memudahkan pekerja untuk menguruskan dokumen, berinteraksi, berbincang dan melaksanakan projek atau tugasan kerja dengan mudah tanpa tambahan aplikasi third-party lain.
Privasi data terjamin dan bebas iklan?
Perlindungan privasi data ialah satu faktor penting yang sepatutnya dititik beratkan dalam memilih aplikasi atau software perniagaan. Privasi data telah menjadi salah satu kebimbangan utama harini dalam melindungi kebocoran maklumat sulit perniagaan kepada pesaing atau pihak tidak bertanggungjawab. Seperti yang semua sedia maklum, model perniagaan utama Google ialah servis pengiklanan berdasarkan data, oleh itu ia menjadi salah satu kerisauan tentang penggunaan data kepada sesetengah pemilik perniagaan yang mementingkan privasi data mereka.
Di Zoho, privasi data ialah satu keutamaan penting dimana tiada iklan mahupun penyelewengan atau ketirisan data. Semua aplikasi Zoho patuh sepenuhnya kepada undang-undang privasi Malaysia dan antarabangsa seperti PDPA dan GDPR. Zoho juga memiliki data-center sendiri, yang dikawal sepenuhnya untuk memastikan keselamatan data-data pengguna.
Kenapa ia penting?
Bila anda menggunakan Zoho Workplace, anda secara automaik akan tahu data anda dilindungi dan dikendalikan dengan selamat daripada kehilangan, kecurian, atau serangan siber. Dengan Zoho, data perniagaan anda, milik anda sahaja!
Kawalan admin dan fleksibiliti?
Menguruskan satu jumlah pekerja bukan satu perkara mudah, ia memerlukan admin features yang boleh disesuaikan mengikut keperluan syarikat. Zoho Workplace menawarkan kawalan admin features yang lengkap dan flaksibel walaupun pada pakej Standard antaranya:
Menyediakan domain email akaun pekerja
Menguruskan pengguna dan kebenaran akses
Pantau laporan penggunaan
Menjaga polisi pekongsian dokumen dan stor fail
Paparan admin page Zoho Workplace juga mudah digunakan dan user-friendly, sesuai untuk semua terutamanya syarikat yang tidak mempunyai IT team.
Di dalam Google Workspace, kebanyakan ciri-ciri ini hanya terdapat dalam pakej Business Standard atau Enterprise dengan harga yang jauh lebih tinggi.
Scalability dalam ekosistem ZOHO.
Semakin lama perniagaan pasti akan semakin maju dan meningkat naik. Adakah keupayaan aplikasi yang sama mampu menampung perkembangan syarikat? Dengan Zoho, jawapan nya YA. Antara kelebihan lain menggunakan Zoho Workplace atau mana-mana aplikasi Zoho ialah syarikat akan lebih mudah dan untuk berkembang. Ini kerana Zoho mempunyai ekosistem dengan lebih 55 jenis aplikasi berbeza untuk memudahkan pengurusan perniagaan. Sebagai contoh, jika sekarang anda bermula dengan langganan Zoho Workplace dan suatu hari memerlukan aplikasi CRM, aplikasi pengurusan kewangan atau aplikasi pengurusan projek, kesemuanya boleh terus di tambah langganan dan digunakan tanpa perlu setup semula atau muatnaik semula data pekerja. Integrasi antara palikasi akan jadi lebih lancar dan menjimatkan masa kerana semua aplikasi berada dibawah ekosistem yang sama.
Berbeza berbanding Google yang memerlukan integrasi dengan aplikasi third-party yang merumitkan.
Aplikasi Zoho dilengkapi dengan teknologi AI
Untuk pengetahuan, hampir setiap aplikasi Zoho sediakan dilengkapi dengan teknologi AI yang dibangunkan sendiri iaitu Zoho Intelligent Assistant atau ringkasnya dipanggil Zia. Dalam penggunaan Zoho Workplace, Zia boleh membantu mempercepatkan tugasan harian seperti:
Menjana cadangan penulisan dalam Zoho Writer
Memberi ramalan dan trend dalam Zoho Sheet
Mencadangkan folder kolaborasi dan dokumen penting dalam Zoho WorkDrive
Memberi analitik mesyuarat dalam Zoho Meeting
Mencadangkan balasan e-mel dalam Zoho Mail
Dengan Zia, anda dan pekerja akan berkerja dengan lebih produktif. Teknologi Zia dimiliki sepenuhnya oleh Zoho dan dilatih untuk memproses data berdasarkan data anda sendiri tanpa integrasi pihak luar.
Kesimpulan
Secara kesimpulanya, Zoho Workplace bukan sekadar lengkap dan menjimatkan kos syarikat berbanding Google Workspace, ia juga terbukti platform yang selamat dengan scalability yang mampu berkembang bersama dan teknologi AI terkini. Ia sesuai untuk apa jua saiz perniagaan, sama ada syarikat baru, syarikat SMEs atau syarikat bersaiz besar bertaraf antarabangsa. Zoho memberikan privasi data yang selamat dengan gabungan aplikasi di dalam satu ekosistem yang mampu menjadikan perjalanan perniagaan anda lebih lancar dan sistematik.
Comments