Adakah Business Email anda selamat? Panduan PDPA untuk usahawan di Malaysia

Dalam dunia perniagaan hari ini, email sudah menjadi sebahagian daripada urusan harian kebanyakan perniagaan. Daripada menghantar quotation kepada pelanggan, berkongsi invoice dengan supplier, menerima dokumen penting, sehinggalah menguruskan urusan kewangan dan operasi syarikat, banyak perkara berlaku melalui email. Sebab itu, apabila kita bercakap tentang keselamatan business, email mungkin antara perkara pertama yang patut kita lihat.

Cuba fikir sekejap, adakah business email anda betul-betul selamat?

Ramai business owner mungkin lebih risau tentang website kena hack atau akaun bank kena scam, tetapi kadang-kadang terlupa bahawa inbox email sendiri menyimpan banyak maklumat yang sangat berharga. Nama dan nombor telefon pelanggan, alamat, quotation, invoice, maklumat pembayaran, kontrak, dokumen pekerja dan pelbagai maklumat sulit lain mungkin semuanya berada dalam satu inbox.

Kalau akaun tersebut berjaya diakses oleh orang yang tidak sepatutnya, masalahnya bukan sekadar kehilangan email. Ia boleh menjadi risiko kepada data pelanggan, kewangan dan reputasi syarikat.

PDPA dan JPDP, apa yang perlu anda tahu?

PDPA ialah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), iaitu undang-undang di Malaysia yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam urus niaga komersial supaya maklumat peribadi individu dikendalikan dan dilindungi dengan sewajarnya oleh organisasi atau syarikat.

Manakala, JPDP pula ialah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, iaitu satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Digital yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang PDPA, memantau pematuhan, serta menguruskan pendaftaran pengawal data.

Satu perkara yang business owner perlu faham ialah PDPA bukan hanya untuk syarikat besar. JPDP menyatakan bahawa Akta ini terpakai kepada pihak yang memproses atau mengawal pemprosesan personal data berkaitan transaksi komersial.

Jadi, jika anda menjalankan perniagaan dan menyimpan data pelanggan, supplier atau pekerja, isu perlindungan data patut sudah menjadi sebahagian daripada business operation anda.

Email dan PDPA, apa kaitannya dengan perniagaan?

Bagi business di Malaysia, isu ini menjadi semakin penting dengan perkembangan keperluan perlindungan data peribadi di bawah Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).

Secara ringkas, PDPA mengawal bagaimana personal data diproses dalam transaksi komersial dan meletakkan tanggungjawab kepada organisasi untuk mengendalikan data tersebut dengan baik dan sewajarnya. Ini termasuk mengambil langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi personal data daripada risiko seperti kehilangan, penyalahgunaan, akses atau pendedahan tanpa kebenaran.

Ini bermaksud, kalau business anda menyimpan data pelanggan dalam email atau menggunakan email untuk menghantar dokumen yang mengandungi personal data, aspek keselamatan tidak boleh dianggap sebagai perkara kecil.

Bayangkan situasi mudah. Seorang staf menerima email daripada pelanggan yang mengandungi salinan IC dan dokumen sokongan. Kemudian, staf tersebut menggunakan password yang sama untuk email dan beberapa akaun lain. Password itu akhirnya bocor kerana salah satu akaun telah diserang.

Jika pihak tidak bertanggungjawab berjaya masuk ke business email tersebut, mereka bukan sahaja boleh membaca email baharu. Mereka mungkin juga boleh mengakses email lama, attachment, contact list dan maklumat pelanggan yang tersimpan dalam mailbox

Dalam situasi seperti ini, masalahnya bukan lagi sekadar "email kena hack". Ia boleh menjadi data security incident yang perlu ditangani dengan serius. Tambahan pula, perubahan kepada PDPA melalui Personal Data Protection (Amendment) Act 2024 telah membawa beberapa perkembangan penting dalam isu data protection di Malaysia. Pindaan ini dilaksanakan secara berperingkat mulai Januari 2025, dengan perubahan yang turut melibatkan perkara seperti data breach notification, Data Protection Officer dan tanggungjawab tertentu kepada data processor.

Bagi perniagaan SME, mungkin ia kedengaran seperti isu ini hanya perlu difikirkan oleh syarikat besar. Sebenarnya tidak, anda juga perlu ambil tahu sebelum terlambat.


Tips untuk memastikan business email anda selamat

Perlindungan data tidak bermula dengan membeli software semata-mata. Ia bermula dengan membina beberapa lapisan security yang betul.

1. Jangan bergantung kepada password sahaja

Password yang kuat memang penting, tetapi password sahaja mungkin tidak mencukupi. Aktifkan Multi-Factor Authentication (MFA) untuk akaun business email. Dengan MFA, pengguna memerlukan lebih daripada satu kaedah pengesahan sebelum boleh login. Sebagai contoh, walaupun password seseorang berjaya dicuri, penyerang masih memerlukan authentication factor tambahan untuk mendapatkan akses. Ini merupakan salah satu langkah paling praktikal yang boleh dibuat oleh pemilik bisnes untuk meningkatkan account security.

2. Pastikan data dilindungi semasa dihantar dan disimpan

Email mengandungi data yang bernilai. Jadi, security bukan hanya tentang siapa yang boleh login. Data juga perlu dilindungi ketika ia sedang dihantar dan ketika ia disimpan. Sebagai contoh, Zoho Mail menggunakan encryption untuk data in transit dan at rest. Email yang disimpan pada server Zoho Mail berada dalam bentuk encrypted, manakala komunikasi email menggunakan TLS untuk membantu melindungi data ketika dalam perjalanan. Untuk organisasi yang memerlukan tahap perlindungan tambahan, Zoho Mail turut menyokong S/MIME bagi encryption dan digital signatures. Ini penting kerana "secure email" bukan sekadar memastikan orang luar tidak boleh login. Ia juga mengenai bagaimana data dilindungi sepanjang lifecycle email.

3. Jangan pandang ringan phishing dan spoofing

Tidak semua serangan bermula dengan hacker cuba "menyerang" ke sistem. Kadang-kadang, mereka hanya cuba memperdayakan manusia. Contohnya, seorang staf menerima email yang nampak seperti daripada boss dan diminta membuat urgent payment. Atau email kelihatan seperti daripada supplier, tetapi sebenarnya datang daripada pihak yang menyamar. Ini dipanggil phishing atau spoofing.

Business email yang baik sepatutnya membantu pengguna mengenal pasti perkara yang mencurigakan. Zoho Mail mempunyai fungsi seperti spam filtering, malware dan phishing protection, serta amaran berkaitan suspicious sender dan URL mismatch. Namun, technology sahaja tidak mencukupi untuk membendung isu ini, jadi training secara berkala kepada pekerja bagi pendedahan teknik serangan hacker terkini juga sangat penting.

4. Kawalan mengakses data

Dalam sebuah perniagaan, tidak semua staf perlu mempunyai access kepada semua email dan dokumen. HR mungkin mengendalikan personal information pekerja. Finance pula mengurus invoice dan payment information. Sales mempunyai customer database. Management mungkin mempunyai access kepada business-critical information atau menggunakan role dan access control yang sesuai.

Apabila seorang pekerja berhenti, pastikan account mereka dinyahaktifkan dengan segera. Jangan biarkan bekas pekerja masih mempunyai access kepada business email atau dokumen syarikat. Ini merupakan langkah basic, tetapi sering terlepas pandang apabila syarikat berkembang dengan cepat.

5. Pilih email provider dengan security sebagai priority

Bagi SME, membina email infrastructure sendiri mungkin bukan pilihan yang praktikal. Sebab itu cloud email provider menjadi pilihan banyak organisasi. Tetapi jangan pilih provider hanya berdasarkan storage atau harga. Anda boleh tanya beberapa soalan penting seperti:

  • Adakah data encrypted?

  • Adakah MFA tersedia?

  • Adakah terdapat spam, malware dan phishing protection?

  • Adakah admin boleh mengawal user access?

  • Adakah terdapat security monitoring dan suspicious login alerts?

  • Adakah provider mempunyai security dan privacy practices yang jelas?

Security patut menjadi salah satu kriteria utama ketika memilih business email, bukan sekadar feature tambahan.

Bagaimana Zoho Mail membantu dalam membina email yang lebih selamat?

Security merupakan salah satu fokus utama dalam Zoho Mail. Zoho Mail menyediakan beberapa security layer termasuk encryption at rest dan in transit, TLS, S/MIME, MFA, access controls, spam dan malware protection serta protection terhadap phishing dan email spoofing.

Zoho Mail juga menyediakan fungsi seperti suspicious activity monitoring. Jika terdapat aktiviti login yang luar biasa, pengguna dan administrator boleh menerima notification supaya tindakan lanjut boleh diambil.

Untuk email yang sangat confidential, terdapat juga fungsi SecurePass Email, yang membolehkan kandungan tertentu dilindungi menggunakan passcode dan tempoh akses yang boleh ditetapkan. Yang penting, pendekatan security tidak sepatutnya hanya bergantung kepada satu feature. Ia perlu terdiri daripada beberapa lapisan, daripada authentication, encryption, threat protection sehingga kepada admin controls.


Kesimpulan: Secure email bukan lagi pilihan tambahan

Memilih email provider yang selamat tidak bermaksud syarikat anda automatik menjadi PDPA compliant. PDPA compliance melibatkan lebih banyak perkara seperti bagaimana data dikumpul, tujuan data digunakan, consent, privacy notice, disclosure, retention, access control, data sharing dan pengurusan security incidents.JPDP sendiri menggariskan tujuh prinsip perlindungan data termasuk General Principle, Notice and Choice, Disclosure, Security, Retention, Data Integrity dan Access.

Jadi, Zoho Mail boleh membantu mengukuhkan bahagian technology & email security, tetapi business owner masih perlu memastikan keseluruhan proses pengurusan data dalam organisasi berada pada landasan yang betul.

Bagi perniagaan terutamanya SME di Malaysia, business email sudah menjadi sebahagian daripada business infrastructure. Ia menyimpan komunikasi, dokumen dan data yang sangat bernilai. Apabila semakin banyak urusan perniagaan dilakukan secara digital, risiko juga berubah. Satu akaun email yang compromised boleh menjadi jalan masuk kepada maklumat pelanggan, dokumen kewangan dan data dalaman syarikat.

Pada masa yang sama, perkembangan PDPA menunjukkan bahawa perlindungan personal data semakin mendapat perhatian dalam landskap perniagaan Malaysia. Pindaan 2024 dan pelaksanaan berperingkatnya sejak 2025 menjadikan data security, breach management dan governance lebih relevan kepada organisasi. Sebab itu, jangan tunggu sehingga berlaku data breach baru mahu fikir tentang security. Kerana pada akhirnya, email yang selamat bukan sekadar melindungi inbox. Ia membantu melindungi pelanggan, reputasi dan kepercayaan terhadap perniagaan anda.

Untuk anda yang mahu membina business email yang selamat, Zoho Mail menawarkan pendekatan yang direka untuk membantu organisasi melindungi komunikasi dan data perniagaan setiap hari.

Comments

Tulis Balasan

The comment language code.
By submitting this form, you agree to the processing of personal data according to our Privacy Policy.