Bagi seorang pentadbir atau admin yang mengendalikan sistem emel syarikat, biasanya anda akan berhadapan dengan pelbagai soalan dan permasalahan emel. Seperti situasi di mana pekerja mempersoalkan emel kepada pelanggan tertentu yang bounce semula dan tidak sampai. Atau jabatan HR pula ingin tahu sama ada akaun emel bekas pekerja masih aktif atau tidak. Pada masa yang sama, jabatan IT mengesan peningkatan mendadak dalam outgoing emails dan mahukan penjelasan segera untuk memastikan storage emel syarikat tidak penuh dan meningkat secara senyap tanpa kawalan.
Menariknya, kebanyakan persoalan ini bukan tentang emel semata-mata. Ia lebih kepada apa yang sebenarnya berlaku di sebalik sistem emel organisasi.
Ramai admin yang menguruskan sistem emel berdepan dengan masalah kekurangan visibility atau tidak faham gambaran secara menyeluruh tentang sistem di belakangnya. Kadangkala admin mungkin tahu masalah apa yang berlaku, tetapi tidak tahu berapa kerap ia berlaku. Ada juga situasi di mana perubahan corak penggunaan dapat dikesan, tetapi tiada data sebagai bukti yang jelas untuk membangkitkan isu tersebut ke hadapan bagi tindakan segera.
Beberapa persoalan biasa yang sering timbul ialah:
Adakah peningkatan trafik penggunaan emel ialah sesuatu yang biasa terjadi atau tiba-tiba naik mendadak?
Adakah pengguna yang tidak aktif sebenarnya sedang bercuti atau sudah berhenti menggunakan emel?
Adakah penggunaan storage mailbox meningkat berpunca daripada penggunaan seharian atau kerana emel lama tidak pernah dipadam?
Apabila sesuatu isu berlaku, adakah ia kes terpencil atau sebahagian daripada masalah yang lebih besar?
Tanpa laporan yang jelas, admin terpaksa membuat keputusan berdasarkan andaian sahaja. Ini boleh menyebabkan proses menjadi lebih lambat dan kurang tepat kerana mereka tidak dapat melihat bagaimana keseluruhan sistem beroperasi, bagaimana ia berubah, dan bila masalah terjadi.
Di sinilah fungsi Admin Reports dalam Zoho Mail menjadi sangat penting dan berguna. Ia membantu admin mendapatkan gambaran jelas tentang bagaimana sistem emel digunakan dalam organisasi dan perniagaan anda, berdasarkan data yang nyata, bukan andaian.
Apa Kegunaan Admin Reports dalam Zoho Mail?
Dalam Zoho Mail, semua laporan pada dasarnya adalah rekod berstruktur tentang bagaimana emel digunakan di seluruh organisasi anda. Ia tidak tertumpu pada mesej di dalam emel individu, sebaliknya ia ialah bahagian khas dalam Zoho Mail Admin Console yang menyediakan statistik dan laporan menyeluruh tentang semua aspek penggunaan emel dalam organisasi anda. Ia merangkumi pelbagai laporan, daripada aktiviti pengguna, penggunaan storage mailbox, trafik emel, sehinggalah kepada status keselamatan domain secara harian, mingguan, bulanan atau untuk tempoh yang lebih lama.
Setiap organisasi menghasilkan aliran aktiviti emel secara berterusan setiap hari, termasuk pengguna log masuk dan keluar, emel masuk dan keluar, penggunaan group email dan domain yang menerima trafik. Admin Reports akan mengumpulkan semua aktiviti berterusan ini dan memaparkannya dengan cara yang lebih mudah difahami oleh admin tanpa perlu menyusun semula setiap data dan maklumat satu persatu secara manual.
Yang membezakan Admin Reports daripada sekadar "dashboard biasa" ialah fleksibilitinya. Anda boleh melihat apa yang berlaku sekarang, atau zoom out untuk memahami trend yang berlaku sepanjang minggu, bulan, atau tahun. Ini bermakna anda tidak perlu lagi meneka-neka punca masalah kerana semua maklumat dan data tersusun dengan teratur di depan mata untuk semakan.
Satu lagi perkara penting, Admin Reports bersifat read-only. Jadi tiada risiko apabila melihat laporan kerana ia tidak akan mengubah sebarang tetapan dalam sistem. Ini bermakna anda boleh explore dan kongsikan laporan ini dengan selamat kepada pihak pengurusan secara dalaman sebelum sebarang keputusan dibuat.
Admin Reports Dashboard: Pusat Kawalan Anda
Apabila anda membuka bahagian Reports dalam Admin Console, perkara pertama yang akan anda lihat ialah Dashboard, iaitu laman utama kepada semua data organisasi anda. Ia direka untuk memaparkan maklumat utama sebelum anda mula filter, export, atau explore report tertentu. Dashboard ini memberikan gambaran visual pantas tentang keadaan semasa, sama ada semuanya berjalan baik atau ada sesuatu yang memerlukan perhatian.
Dashboard juga bukan satu halaman statik. Ia diset kepada beberapa paparan maklumat yang berbeza, dengan fokus tersendiri, supaya admin tidak keliru melihat semua perkara sekaligus dalam satu masa.
Dashboard ini membolehkan anda set paparan berbeza mengikut keperluan:
Graphical View Dashboard
Memaparkan visual aktiviti di seluruh organisasi seperti trend dari masa ke semasa dan data-data penting seperti trafik emel masuk dan keluar, penggunaan lesen, dan perubahan aktiviti pengguna. Paparan di bahagian ini sangat berguna apabila anda ingin memahami arah pergerakan, sama ada aktiviti penggunaan emel sedang meningkat, menurun, atau kekal konsisten.
Summary View
Jika Graphical View menumpukan kepada trend, Summary View menumpukan dengan lebih menyeluruh dengan gambaran ringkas dan padat tentang keseluruhan aktiviti organisasi dalam satu skrin. Di sini, pelbagai metrik digabungkan dalam satu tempat untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang aktiviti emel organisasi.
Security View
Emel sering menjadi saluran komunikasi utama dalam mana-mana organisasi dan ini juga berpotensi menjadi kelemahan. Security View dashboard akan fokus kepada aktiviti yang mungkin memerlukan penelitian keselamatan yang tinggi.
Berbanding penggunaan umum, paparan bahagian ini akan menunjukkan corak berkaitan pemantauan keselamatan dalaman. Ia membantu admin memantau aspek yang menunjukkan aktiviti luar biasa tanpa perlu menyemak secara terperinci secara manual untuk memastikan keselamatan organisasi sentiasa berada pada tahap yang baik.
Custom Dashboard
Custom Dashboard membolehkan anda membentuk paparan mengikut keutamaan yang paling kerap anda pantau. Sebagai contoh, jika anda kerap memantau penggunaan storage dan trafik emel, anda boleh letakkan kedua-duanya dalam satu dashboard sebagai paparan utama.
Jenis-jenis Reports dalam Zoho Mail

1. User Account Reports
User Account Reports berkisar tentang kitaran hayat dan status akaun pengguna dalam organisasi. Ini merangkumi visibility ke dalam status akaun seperti aktif, disekat, atau akaun yang telah tamat tempoh dan status penggunaan lesen, serta corak aktiviti peringkat pengguna. Reports ini amat berguna semasa menguruskan onboarding dan offboarding pengguna, menyemak kawalan akses, atau menilai sama ada penggunaan lesen sepadan dengan keperluan sebenar organisasi. Berbanding menyemak akaun individu satu persatu, kategori ini memberikan anda pengawasan berstruktur tentang bagaimana identiti pengguna berfungsi dalam sistem.
2. Mailbox Reports
Reports ini fokus kepada bagaimana mailbox berfungsi di seluruh organisasi anda. Storage adalah bahagian utama kategori ini, tetapi ia bukan sekadar menunjukkan berapa banyak ruang yang digunakan. Reports ini membolehkan anda melihat bagaimana saiz mailbox storage terbahagi, bagaimana ia meningkat dari masa ke masa, dan storage akaun emel pekerja yang sudah hampir penuh. Jadi admin mendapat gambaran menyeluruh tentang corak penggunaan emel dalam organisasi.
Mailbox Reports juga sangat berguna untuk anda menyemak semula polisi storage, merancang kapasiti, atau memantau peningkatan penggunaan mailbox. Dengan memantau corak penggunaan dalam tempoh masa tertentu, anda dapat memahami sama ada ianya peningkatan yang stabil, tidak sekata, atau meningkat secara mendadak daripada yang dijangkakan.
3. Email Statistics Reports
Reports ini merangkumi data trafik emel masuk dan keluar, aliran emel dalaman, dan trend. Ia memberikan visibility tentang bagaimana komunikasi dalaman berlaku di seluruh organisasi.
Bagi admin yang menguruskan beberapa domain, reports ini juga akan menunjukkan aktiviti berasaskan domain yang membantu membezakan taburan trafik dalam perniagaan atau jenama yang berbeza dengan gambaran yang lebih besar tentang aliran emel dan skala penggunaan.
4. Group Reports
Group Reports tertumpu kepada shared mailbox dan distribution group. Ia memberikan insight tentang seberapa aktif group digunakan dan berapa banyak komunikasi yang melaluinya. Bagi pasukan yang sangat bergantung kepada shared inbox seperti Support Team dan Operations Team, reports ini membantu menilai sama ada ia berfungsi seperti yang dirancang atau memerlukan penstrukturan semula.
5. DMARC Reports
DMARC Reports tertumpu kepada pengesahan domain dan aturannya. Ia memberikan visibility tentang prestasi domain di bawah polisi DMARC dan bagaimana keputusan pengesahan dikendalikan. Reports ini amat relevan bagi organisasi yang memantau reputasi domain dan keaslian emel.
Berbanding perlu mencari semula log pengesahan, DMARC Reports meringkaskan corak dan hasil polisi dengan cara yang lebih teratur.
6. Audit Logs
Audit Logs tertumpu kepada bahagian pentadbiran dan peringkat sistem di mana sebarang aktiviti atau perubahan setting yang dilakukan dalam Admin Console direkodkan dan disimpan.
7. Organization Reports
Reports ini merupakan pengumpulan data pada peringkat yang lebih luas di mana ia menyediakan gambaran aktiviti di seluruh organisasi. Ia berguna apabila anda perlu menyemak trend terkini yang meningkat, tahap penggunaan secara keseluruhan, atau membentangkan insight peringkat tinggi kepada pihak pengurusan atasan.
8. Security Reports
Security Reports menghimpunkan insight berkaitan mekanisme perlindungan dalam sistem. Ini termasuk reports berkaitan aktiviti ancaman, tapisan dan kesannya, serta pemantauan berasaskan perlindungan. Ia membolehkan admin memerhati corak yang mungkin memerlukan perhatian lebih dekat, tanpa perlu menganalisis setiap mesej tersebut.
Sharing, Exporting, dan Scheduling Reports
Reports tidak semestinya hanya perlu disimpan di dalam Admin Console. Data penting ini sering dan ada kalanya perlu dikongsi serta disemak secara luaran untuk rujukan dalaman.
Zoho Mail membolehkan reports dimuat turun dalam format standard, menjadikannya lebih mudah untuk digunakan sebagai dokumentasi dalaman atau semakan secara offline. Fungsi ini juga memastikan maklumat tidak terhad hanya kepada akses skrin sahaja. Di bahagian ini juga anda boleh jadualkan report mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ini membolehkan insight berkala seperti trend trafik, penggunaan lesen, atau ringkasan keselamatan disediakan secara automatik.
Kesimpulan
Admin Reports dalam Zoho Mail bukan sekadar satu ciri yang biasa di dalam Admin Console. Ia merupakan bahagian yang penting dalam memberikan visibility ke dalam setiap lapisan pentadbiran emel, daripada akaun pengguna dan penggunaan mailbox hinggalah kepada aliran mel, pengesahan, pemantauan keselamatan, dan trend penggunaan di dalam seluruh organisasi.
Dengan Zoho Mail Admin Reports, anda sebagai admin boleh beralih daripada pendekatan reaktif kepada yang lebih proaktif. Dengan laporan-laporan ini, ia memberi anda konteks, bukan sekadar apa yang berlaku sekarang, tetapi bagaimana trend berkembang dari semasa ke semasa. Anda boleh melihat corak yang tidak normal, mengenal pasti masalah sebelum ia menjadi krisis atau isu yang besar.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Zoho Mail boleh membantu perniagaan anda berkomunikasi dengan lebih selamat dan cekap, jom hubungi kami untuk demo secara percuma!

Comments