Zoho Books: Accounting Software untuk Perniagaan Kecil

Bagi kebanyakan usahawan di Malaysia yang baru memulakan perniagaan, sama ada menjual produk, menyediakan servis, atau membina jenama sendiri, mereka pada awalnya sering berhadapan dengan pelbagai isu dalam pengurusan akaun dan kewangan perniagaan.
Ramai pemilik perniagaan SME (Small and Medium Enterprise) mengakui bahawa bahagian kewangan ialah antara perkara yang paling mencabar dalam menguruskan perniagaan. Ia bukan sahaja perlu diuruskan dengan teliti, malah satu kesilapan kecil sahaja boleh menyebabkan masalah besar dari segi cash flow, cukai, sehinggalah pematuhan (compliance) dengan pihak berkuasa. Justeru, dalam artikel kali ini kami akan kongsikan cabaran sebenar yang dihadapi perniagaan kecil di Malaysia dan bagaimana penggunaan accounting software yang betul boleh membantu anda fokus semula kepada perkara lain dalam mengembangkan lagi bisnes.
Realiti Pengurusan Akaun Perniagaan Kecil
Secara jujurnya, terlalu ramai usahawan kecil di Malaysia yang masih menyimpan rekod jualan secara manual di dalam buku 555 atau menaip invois satu per satu menggunakan Excel dan Word. Cara manual ini mungkin nampak "cepat dan jimat" pada peringkat awal, tetapi hakikatnya ia membawa banyak risiko pada masa akan datang, antaranya:
Kesilapan dalam kiraan: Hanya dengan satu formula Excel yang salah boleh menyebabkan angka keseluruhan kewangan syarikat anda tersasar tanpa anda sedari, dan secara tidak langsung akan memberikan impak yang besar.
Rekod tidak teratur: Resit urus niaga perlu disimpan dengan sebaiknya untuk rujukan pada masa akan datang, begitu juga data jualan dan invois-invois penting yang biasanya tidak teratur dan disimpan di dalam beberapa fail berbeza. Ini akan menyukarkan proses carian untuk jangka masa panjang.
Sukar mengenal pasti kedudukan kewangan syarikat: Tanpa rekod dan laporan yang lengkap, tiada rujukan untuk mengetahui status semasa jualan dan kewangan syarikat. Anda mungkin rasa perniagaan untung, tetapi realitinya cash flow sedang tersekat.
Masalah pengurusan cukai: Rekod dan dokumen urus niaga yang tidak lengkap akan memberi tekanan apabila anda terpaksa mencari dan menyusun semula rekod sepanjang tahun dalam tempoh yang singkat untuk laporan cukai perniagaan.
Bagi perniagaan yang sedang membesar, cara manual yang sudah lapuk ini tidak lagi bersesuaian untuk jangka masa yang panjang. Semakin banyak transaksi perniagaan, semakin banyak data penting yang perlu direkod dan semakin tinggi risiko yang bakal timbul sekiranya anda masih menguruskannya secara manual. Di sinilah pentingnya beralih kepada sistem yang lebih tersusun, sistematik dan mudah digunakan bagi memudahkan pengurusan kewangan syarikat.
Tips Memilih Accounting Software yang Bersesuaian
Sebelum memilih mana-mana sistem atau accounting software, anda dinasihatkan untuk memahami terlebih dahulu features yang ada dan menilai sama ada ia bersesuaian dengan perniagaan di Malaysia. Ini kerana tidak semua sistem atau software yang ditawarkan sesuai dengan keperluan pasaran tempatan.
1. Mudah digunakan walaupun anda bukan akauntan
Pemilik dan usahawan SME datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, dan tidak semua akan memahami selok-belok pengurusan akaun yang terlalu kompleks dan teknikal. Justeru, sebaiknya utamakan sistem yang mempunyai features yang function dan user friendly dengan interface yang kemas, mudah difahami dan lengkap.
2. Invois yang profesional secara automatik
Penggunaan invois adalah perkara utama dalam berurusan dengan pelanggan, jadi sangat penting untuk anda mempunyai sistem yang membolehkan anda terus create, menghantar invois, menetapkan peringatan pembayaran (payment reminder) secara automatik, dan menerima pembayaran secara online. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu anda mendapat bayaran dengan lebih cepat.
3. Kawalan cash flow yang jelas
"Cash flow is king." Ayat ini memang klise, tetapi ia memang penting dan perlu diberi keutamaan. Anda perlu tahu segala rekod transaksi seperti berapa jumlah wang masuk, berapa yang keluar, siapa yang belum membayar, dan berapa baki sebenar. Sistem yang lengkap dengan dashboard yang jelas serta memaparkan semua data ini dapat membantu anda membuat keputusan berdasarkan data dengan lebih yakin.
4. e-Invoicing (e-Invois LHDN)
e-Invoicing ialah antara topik hangat untuk semua perniagaan di Malaysia sekarang, dengan LHDN mula melaksanakan sistem e-Invoicing termasuk perniagaan SME. Menggunakan accounting software yang sudah bersedia dengan features e-Invois akan menjimatkan banyak masa anda.
Bagaimana Zoho Books Membantu Perniagaan Kecil dan Sederhana (SMEs)?
Zoho Books adalah accounting software berasaskan cloud yang membolehkan anda menguruskan seluruh kitaran kewangan perniagaan, daripada invois, perbelanjaan dalaman perniagaan, inventori, sehinggalah laporan kewangan, terus di dalam satu platform yang lengkap. Yang menariknya, ia direka dengan interface yang user-friendly dan bersesuaian untuk semua pemilik bisnes walaupun anda tidak mempunyai kepakaran dalam perakaunan.
Berikut adalah beberapa sebab kenapa ramai perniagaan kecil di Malaysia mula beralih kepada Zoho Books:
1. Ringkas tetapi lengkap
Anda boleh menghantar invois profesional, track perbelanjaan dengan hanya memuat naik gambar resit, dan melihat status kewangan syarikat pada satu dashboard yang lengkap.
2. Sistem yang mudah dan menjimatkan masa
Kerja-kerja berulang seperti menghantar peringatan bayaran, menjana invois berkala (recurring invoice), dan merekod transaksi bank boleh dibuat secara automatik. Ini bermakna lebih sedikit kerja manual, dan lebih banyak masa boleh digunakan untuk fokus pada perancangan dan strategi bisnes.
3. Bersesuaian dengan perniagaan di Malaysia
Dengan Zoho Books, urusan cukai tempatan seperti SST boleh ditetapkan di dalam sistem dan turut disediakan integration plug-in secara dalaman untuk memudahkan proses e-Invoicing LHDN. Ini memudahkan usahawan yang mahu memastikan perniagaan mereka sentiasa patuh (compliant) dengan peraturan semasa pihak berkuasa.
4. Cloud-based
Zoho Books ialah sistem berasaskan cloud, jadi anda bebas untuk mengakses akaun perniagaan dari mana-mana, sama ada di pejabat, di rumah, atau semasa berjumpa pelanggan, melalui laptop atau telefon pintar. Data anda mudah diakses dengan selamat dan sentiasa dikemas kini secara real-time.
Terus Fokus pada Perkembangan Perniagaan
Sebagai pemilik perniagaan, masa dan tenaga adalah antara aset anda yang paling bernilai. Menghabiskan berjam-jam untuk kerja accounting secara manual bukan sahaja meletihkan, malah menghalang anda daripada menumpukan perhatian kepada aktiviti yang benar-benar menjana pendapatan, seperti merancang strategi memasarkan produk dan juga meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan.
Accounting software yang tepat bukanlah satu kos tambahan, sebaliknya ia merupakan pelaburan strategik yang menjimatkan masa anda sekali gus mengurangkan risiko kesilapan atau human error. Dengan sistem yang mudah, automatik, serta mematuhi keperluan tempatan seperti SST dan e-Invois, anda mampu menguruskan kewangan syarikat dengan lebih yakin dan profesional.
Sekiranya anda seorang usahawan yang sedang mencari cara untuk lebih tersusun dan bersedia menghadapi masa depan, mungkin inilah masa yang sesuai untuk meneliti penyelesaian seperti Zoho Books dengan lebih mendalam. Fokuskan tenaga anda pada operasi dan kualiti produk, dan biarkan sistem yang menguruskan angka. Adakalanya, satu keputusan kecil untuk menaik taraf sistem mampu membawa perbezaan yang besar terhadap perkembangan perniagaan. Jom cuba Zoho Books dan rasai sendiri perubahan dan peningkatan perniagaan anda!
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu accounting software dan mengapa perniagaan kecil memerlukannya?
Accounting software ialah sistem digital yang membantu anda merekod jualan, perbelanjaan, invois, dan menjana laporan kewangan secara automatik. Bagi perniagaan kecil, ia mengurangkan kerja manual, meminimumkan risiko kesilapan (human error), dan memberikan gambaran kewangan yang jelas pada bila-bila masa.
2. Adakah saya perlu mahir dalam perakaunan untuk menggunakan Zoho Books?
Tidak. Zoho Books direka dengan interface yang user-friendly untuk pemilik bisnes yang tiada latar belakang perakaunan. Kebanyakan fungsi asas seperti menghantar invois dan merekod perbelanjaan boleh dipelajari dalam masa yang singkat.
3. Adakah Zoho Books menyokong SST di Malaysia?
Ya. Zoho Books membolehkan anda menetapkan dan mengira SST (Sales and Service Tax) di dalam sistem. SST ialah cukai penggunaan dua komponen (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) yang menggantikan GST pada 1 September 2018 dan ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (RMCD).
4. Bolehkah Zoho Books digunakan untuk e-Invois LHDN?
Boleh. Zoho Books mempunyai integrasi kepada MyInvois LHDN melalui satu plugin integrasi daripada Zoho Marketplace, ia membolehkan invois, nota kredit, dan nota debit dihantar terus dari dalam platform yang sama.
5. Apakah maksud sistem berasaskan cloud, dan adakah data saya selamat?
Sistem berasaskan cloud bermaksud data anda disimpan dalam server atas talian yang selamat, bukan pada satu komputer. Anda boleh mengaksesnya dari mana-mana melalui laptop atau telefon pintar, dan data dikemas kini secara real-time. Data dilindungi dengan langkah keselamatan seperti penyulitan (encryption), ianya juga hanya boleh di akses melalui emel dan password yang betul.
6. Bilakah perniagaan SME perlu mula mematuhi e-Invoicing LHDN?
LHDN melaksanakan e-Invoicing secara berperingkat mengikut jumlah pusing ganti tahunan. Fasa awal (Ogos 2024) melibatkan syarikat besar melebihi RM100 juta, diikuti perniagaan bersaiz sederhana pada 2025, manakala perniagaan berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta bermula 1 Januari 2026. Terdapat juga tempoh kelonggaran (relaxation period) yang dilanjutkan bagi membantu perniagaan bersedia sebelum penguatkuasaan penuh. Sila sahkan kategori dan tarikh khusus perniagaan anda di portal rasmi LHDN.
7. Bolehkah saya beralih daripada Excel atau kaedah manual ke Zoho Books dengan mudah?
Ya. Anda boleh memindahkan data sedia ada dan mula menggunakan Zoho Books secara berperingkat. Peralihan ini membantu mengurangkan rekod yang berselerak dan menjadikan pengurusan kewangan lebih tersusun apabila bilangan transaksi bertambah.
8. Adakah Zoho Books sesuai untuk perniagaan yang baru bermula atau mikro?
Sangat sesuai. Zoho Books direka untuk berkembang seiring perniagaan anda, daripada peringkat mikro sehinggalah SME yang membesar. Anda boleh bermula dengan fungsi asas, dan menambah atau upgrade ke pakej yang lebih banyak features lain seperti inventori atau integrasi e-Invois apabila perniagaan semakin berkembang.
Comments