Apa Itu e-Invois & Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memperkenalkan e-Invois yang diwajibkan kepada semua peniagaan berdaftar di Malaysia. Perlaksanaan ini akan melibatkan kesemua transaksi antara Business to Business(B2B), Business to Government(B2G) dan Business to Consumer(B2C). Inisiatif ini merupakan salah satu langkah dan usaha kerajaan dalam memodenkan pentadbiran cukai di Malaysia setanding negara-negara maju lain.

Proses pelaksanaan e-Invois ini dijalankan secara berperingkat mengikut total turnover atau jumlah perolehan jualan tahunan perniagaan sesebuah syarikat. Berikut ialah senarai tarikh dan fasa-fasa pelaksanaan mengikut jumlah perolehan jualan tahunan perniagaan yang berbeza:

  • Fasa 1 : Berkuat kuasa 1 Ogos 2024 bagi perniagaan dengan turnover atauperolehan jualan tahunan melebihi RM100 juta.

  • Fasa 2 : Berkuat kuasa 1 Januari 2025 bagi perniagaan dengan turnover atau perolehan jualan tahunan melebihi RM25 juta – RM100 juta

  • Fasa 3 : Bermula 1 Julai 2025, bagi perniagaan dengan turnover atau perolehan jualan tahunan antara RM500 ribu -RM25 juta.

  • Fasa 4 : Bermula 1 Januari 2026, melibatkan semua perniagaan dengan turnover atau perolehan jualan tahunan sehingga RM500 ribu.

Apa Itu e-Invois dan apa perbezaannya dengan invois biasa?

E-Invois ialah sejenis dokumen bagi proses transaksi urus niaga antara pembekal dan pembeli versi digital. Penggunaan e-Invois direka untuk menggantikan dokumen kertas (invois biasa) atau invois elektronik sedia ada yang digunakan pakai sebelum ini. Tetapi ia masih mengandungi semua data transaksi dan maklumat penting yang sama.

Jika sebelum ini, peniaga boleh terus memberikan invois dalam bentuk fizikal, salinan PDF atau bentuk salinan elektronik kepada pembeli, selepas pelaksanaan e-Invois di Malaysia semua invois perlu dihantar terlebih dahulu ke sistem MyInvois LHDN untuk rekod dan pengesahan, sebelum ia diserahkan kepada pembeli. Jadi secara ringkasnya perbezaan nyata e-Invois dan invois ialah, e-Invois perlu dihantar dan disahkan oleh pihak LHDN terlebih dahulu sebelum digunakan untuk urus niaga. Semua e-Invois yang telah disahkan akan disimpan di dalam pangkalan data LHDN.

Setiap e-Invois yang telah disahkan oleh LHDN akan mengandungi:

  • 55 medan maklumat transaksi seperti butiran penjual dan pembeli, deskripsi item, harga, cukai, maklumat pembayaran, dan jumlah keseluruhan.

  • Nombor Pengenalan Unik (UIN).

  • Kod QR untuk pengesahan atas talian.
     

Denda atau Penalti ketidakpatuhan terhadap peraturan e-Invois?

Syarikat atau perniagaan yang gagal mematuhi penguatkuasaan penggunaan e-Invois mengikut garis panduan dan arahan oleh LHDN merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967. Penalti termasuk denda antara RM200 hingga RM20,000 atau penjara hingga 6 bulan, atau kedua-duanya, untuk setiap satu transaksi invois.

Mengapa e-Invois sangat penting?

Pelaksanaan mandatori penggunaan e-Invois ini adalah usaha untuk menaik taraf dan memodenkan pentadbiran cukai negara, dalam masa yang sama mewujudkan proses yang lebih kukuh bagi memastikan laporan kewangan yang tepat dan jelas. Ianya juga akan memberi pelbagai manfaat jangka panjang kepada negara, antaranya:

  • Meningkatkan ketelusan setiap transaksi perniagaan.

  • Pengesahan data secara masa nyata dan mengurangkan penipuan cukai.

  • Pengurusan aliran tunai yang lebih baik untuk perniagaan.

  • Mendigitalisasikan proses transaksi perniagaan secara automatik dengan teknologi masa kini.

  • Memudahkan penyimpanan rekod invois perniagaan.

Jadi bagi anda sebagai pemilik perniagaan sama ada berskala besar atau kecil, anda perlu bersedia untuk menerima perubahan transformasi teknologi dan perlu cepat belajar untuk mengadaptasi kepentingan penggunaan e-Invois bagi melancarkan urusan perniagaan anda.
 

Bagaimana cara penghantaran e-Invois bagi pengesahan LHDN?

  1. Portal MyInvois (Manual)

Lebih sesuai untuk PKS atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang rendah kerana proses muat naik invois satu per satu yang mengambil masa.

  • e-Invois akan dijana satu per satu.

  • Ada pilihan muat naik invois secara pukal menggunakan fail Excel.

  • Akses melalui laman mytax.hasil.gov.my.

  1. Integrasi API (Automatik melalui sistem atau aplikasi perakaunan)

Cara ini bersesuaian untuk perniagaan dengan jumlah transaksi yang tinggi.

  • Integrasi secara terus dengan sistem atau aplikasi perakaunan.

  • Penjanaan dan penghantaran secara real-time terus dari sistem.

  • Pembetulan dan penghantaran semula yang mudah.

  • Proses lebih pantas, lancar dan kurang risiko ralat.


Zoho Books: Sistem perakaunan dengan plug-in e-Invois

Zoho Books ialah aplikasi perakaunan secara cloud-based yang kini mempunyai pilihan plug-in khas kepada MyInvois LHDN untuk menjana e-Invois secara terus dari dalam sistem bagi perniagaan di Malaysia.

Dengan Zoho Books, semua proses penjanaan e-Invois akan lebih mudah:

  • Plug-in terus dengan portal MyInvois LHDN : Penghantaran invois, credit note dan banyak lagi ke sandbox di dalam Zoho Books.

  • Hanya 1 klik untuk menghantar e-Invois bagi pengesahan LHDN mengikut piawaian terkini.

  • Real-time tracking yang mudah, pemantauan dan semakkan status pengesahan e-Invois bersama paparan log aktiviti bagi mengenal pasti sebarang ralat semasa proses penjanaan.

  • Tetapan tax yang sentiasa dikemas kini dan selaras dengan peraturan terkini e-Invois oleh LHDN.
     

Secara kesimpulannya, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini di Malaysia, pelaksanaan e-Invois oleh LHDN ini bukan hanya sekadar keperluan. Ia juga adalah satu peluang untuk membawa perniagaan anda maju setapak ke hadapan dengan pendigitalan operasi perniagaan.

Transform pengurusan kewangan dan akaun perniagaan anda dengan Zoho Books, patuh e-Invois dan membantu anda menguruskan kewangan syarikat dengan lebih bijak dan sistematik!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

The comment language code.
By submitting this form, you agree to the processing of personal data according to our Privacy Policy.

Post Berkatian