Adakah anda usahawan yang baru memulakan perniagaan atau sedang mencari cara untuk mengautomasi operasi harian perniagaan anda secara digital dengan teknologi terkini tanpa kos yang membebankan? Kami ada peluang menarik untuk anda!
Sebagai usahawan baru, cabaran paling besar biasanya berkaitan dengan kos operasi dan pengurusan dalaman yang masih belum stabil. Dengan kekangan kewangan, ramai yang masih menggunakan Excel untuk menyimpan data jualan, WhatsApp untuk berurusan dengan pelanggan, dan proses manual yang merumitkan untuk menguruskan perniagaan. Tanpa anda sedari, proses-proses ini menjadi punca utama perniagaan tidak berkembang. Bila perniagaan semakin berkembang, proses manual ini tidak lagi efisien. Jadi, anda perlukan pembaharuan untuk memudahkan pengurusan dan operasi perniagaan seiring dengan teknologi masa kini.
Apa itu Zoho for Startups dan Kelebihannya kepada Penerima?
Jika anda tergolong dalam kalangan usahawan baru, anda patut cuba Zoho for Startups yang ditawarkan oleh Zoho Corporation. Zoho for Startups ialah salah satu inisiatif terkini hasil kerjasama antara Zoho Corporation dan Cradle Fund melalui program MYStartup. Program ini direka khas untuk membantu perniagaan baru dan syarikat kecil menggunakan teknologi secara efektif bermula dari awal penubuhan perniagaan.
Tawaran ini membolehkan anda menerima lebih RM18,000 dalam bentuk Zoho Wallet Credits untuk menggunakan aplikasi Zoho bagi membantu anda menguruskan operasi syarikat selama satu tahun secara percuma. Antara aplikasi yang ditawarkan:
- Mengurus pelanggan (Zoho CRM)
- Merekod kewangan perniagaan & invois transaksi jualan lengkap dengan integrasi e-Invois (Zoho Books)
- Menyusun/memantau kerja harian pekerja dan platform komunikasi dalaman (Zoho Workplace)
Jika anda layak dan terpilih, anda akan menerima Zoho Wallet Credits bernilai sehingga RM18,000, dan kredit ini boleh digunakan untuk melanggan mana-mana aplikasi Zoho bagi tempoh satu tahun. Anda boleh memilih dari 55+ aplikasi yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan anda. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Kenapa Zoho for Startup?
Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, program Zoho for Startups telah bekerjasama dengan lebih daripada 18,000 usahawan startup atau yang baru menceburi bidang perniagaan di seluruh dunia. Program ini juga telah dilancarkan di 20 negara seperti Australia, Austria, Bahrain, Brazil, Mesir, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Kenya, Nigeria, Arab Saudi, Afrika Selatan, Sepanyol, Switzerland, Tanzania, United Kingdom, UAE dan Uganda.
Kami di Zoho bukan sekadar penyedia platform perisian untuk perniagaan, kami juga komited untuk membantu usahawan baru berkembang bersama teknologi. Pada zaman sekarang, digitalisasi dan teknologi bukan lagi pilihan, tetapi ianya satu keperluan pada masa kini. Kami percaya setiap perniagaan, tidak kira besar atau kecil, berhak mendapat akses kepada sistem yang moden, mampu milik dan dilengkapi teknologi terkini dengan aplikasi bertaraf antarabangsa yang sama digunakan oleh syarikat terkenal lain.
Melalui program Zoho for Startups, kami ingin memastikan syarikat-syarikat baru juga tidak ketinggalan dalam dunia yang semakin pantas bergerak ke hadapan. Matlamat kami bukan sekadar memberikan akses kepada aplikasi, tetapi juga membina keyakinan digital dalam kalangan usahawan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendigitalkan perniagaan anda hari ini!
Ramai pemilik bisnes tahu mereka perlu menjalani transformasi digital, tapi masih tertangguh disebabkan kekangan bajet atau tidak tahu dari mana nak mulakan. Jadi, Zoho for Startups adalah peluang yang baik untuk dijadikan titik permulaan yang selamat, lengkap dan percuma untuk anda cuba.
Program ini bukan sahaja akan membantu anda dari segi teknologi, malah ia membuka peluang untuk anda berfikir dan beroperasi seperti syarikat-syarikat besar, dengan sistem yang lebih tersusun dan scalable. Kalau anda serius untuk berkembang, ini adalah peluang terbaik yang anda tak patut lepaskan!
Pemberian Zoho Wallet Credits Terbahagi kepada 2 Bahagian:
Bahagian 1:
Semua pemohon yang layak akan menerima Zoho Wallet Credits bernilai RM10,000 selepas proses pengesahan. (Kredit ini boleh terus digunakan untuk membeli mana-mana aplikasi Zoho)
Bahagian 2:
Pemohon yang berminat untuk mendaftar dan menghoskan domain bersama Zoho boleh memohon kredit tambahan bernilai RM8,000.
(Pendaftaran domain perlu disiapkan dalam tempoh 15 hari dari tarikh kredit Bahagian 1 diterima. Kredit ini tidak boleh digunakan untuk melanggan Zoho Workplace dan Zoho Mail.)
Bagaimana Cara untuk Memohon?
- Daftar melalui laman web Zoho for Startups
- Pastikan anda mendaftar melalui ekosistem rakan kerjasama seperti Cradle Fund atau inkubator lain
- Isi maklumat dan tunggu pengesahan (5–7 hari bekerja)
- Terima kredit dan mula gunakan aplikasi Zoho!
Comments