Zoho Workplace: Solusi lengkap untuk perniagaan anda

Dalam dunia perniagaan hari ini, email, chat, dokumen, meeting dan penyimpanan fail merupakan sebahagian daripada operasi harian. Hampir setiap hari, pekerja perlu menghantar email kepada pelanggan, berkongsi quotation, mengedit dokumen bersama, menghadiri online meeting dan menyimpan fail penting syarikat.

Namun, apabila setiap task perlu menggunakan aplikasi yang berbeza, pengurusan kerja boleh menjadi lebih rumit, berulang dan mengambil lebih banyak masa.

Contohnya, email di satu platform, cloud storage di platform lain, video meeting menggunakan aplikasi berbeza, manakala dokumen pula disimpan di tempat lain. Lama-kelamaan, syarikat mungkin mempunyai terlalu banyak platform dan tools untuk diuruskan, terlalu banyak akaun untuk dikawal dan terlalu banyak tempat untuk menyimpan data.

Bagi SME di Malaysia yang sedang berkembang, keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada productivity. Ia juga menimbulkan persoalan yang lebih penting, iaitu sejauh mana data perniagaan anda benar-benar selamat?


Apa itu Zoho Workplace?  

Zoho Workplace ialah business productivity suite yang menggabungkan pelbagai tools penting untuk komunikasi dalaman dan collaboration dalam satu ekosistem.

Daripada email dan instant messaging kepada online meetings, cloud storage, document creation dan collaboration, semuanya boleh diuruskan melalui satu platform yang direka untuk membantu pasukan bekerja dengan lebih mudah dan teratur.

Antara aplikasi utama dalam Zoho Workplace termasuk:

  • Zoho Mail untuk business email
  • Zoho Cliq untuk team communication dan internal instant messaging
  • Zoho Meeting untuk online meetings dan video conferencing
  • Zoho WorkDrive untuk cloud file storage dan team collaboration
  • Zoho Writer untuk membuat task, menulis dan mengedit dokumen
  • Zoho Sheet untuk spreadsheet dan data
  • Zoho Show untuk slide presentation
  • Zoho Calendar untuk mengurus jadual dan meeting
  • Zoho Connect untuk team collaboration dan internal communication

Kesemua aplikasi ini direka untuk bekerja bersama sebagai satu workplace ecosystem, yang memudahkan operasi dalaman syarikat.

Kenapa SME memerlukan lebih daripada sekadar business email?  

Bagi sesetengah perniagaan, email mungkin masih menjadi keperluan utama. Tetapi apabila syarikat mula berkembang, komunikasi antara pekerja dan cara mereka bekerja juga perlu berkembang.

Contohnya, team sales kerap berkongsi dokumen dengan pelanggan. Team marketing perlu menghasilkan presentation dan content. Team finance perlu mengurus spreadsheet, rekod task harian dan menyimpan dokumen. Team management pula perlu mengadakan meeting dengan pasukan yang mungkin bekerja dari lokasi berbeza.

Jika semua aktiviti ini bergantung kepada platform yang berlainan, anda sebagai pemilik perniagaan perlu mengurus pelbagai subscription, user account, permission dan security settings. Lebih banyak platform berbeza yang digunakan bermaksud lebih banyak perkara yang perlu dipantau.

Dengan Zoho Workplace, syarikat boleh menggabungkan keperluan utama tersebut dalam satu ekosistem yang lebih tersusun. Ini membantu SME mengurangkan kebergantungan kepada terlalu banyak aplikasi dan pada masa yang sama memudahkan pihak IT atau administrator mengurus akses serta penggunaan platform.


Security bukan lagi pilihan, tetapi keperluan  

Apabila bercakap tentang productivity tools, mudah untuk kita fokus kepada features seperti storage, video conferencing atau email capacity.

Tetapi bagi sesebuah perniagaan, satu perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian ialah keselamatan data sulit syarikat.

Business email dan cloud storage mungkin mengandungi maklumat yang sangat sensitif. Antaranya:

  • Maklumat pelanggan
  • Quotation dan invoice
  • Contract dan agreement
  • Financial documents
  • Business proposals
  • Employee information
  • Intellectual property
  • Dokumen operasi dalaman

Jika maklumat ini jatuh ke tangan yang salah, kesannya boleh menjadi jauh lebih besar. Sebab itulah, security dan privacy perlu menjadi sebahagian daripada pertimbangan utama apabila memilih productivity platform.

1. Keselamatan data anda sebagai sebahagian daripada ekosistem Zoho  

Zoho mengambil pendekatan yang serius terhadap security dan privacy dalam produk-produknya. Zoho Workplace dilengkapi pelbagai ciri keselamatan untuk membantu organisasi melindungi akaun dan data mereka, termasuk encryption, authentication controls, administrator controls dan access management. Bagi pihak pengurusan, ini memberikan lebih banyak visibility dan control terhadap siapa yang boleh mengakses data serta bagaimana akaun organisasi digunakan.

Antara ciri security yang relevan untuk perniagaan termasuk:

  • Multi-factor authentication  

Password sahaja tidak lagi mencukupi untuk melindungi akaun perniagaan. Multi-factor authentication, atau MFA, menambah satu lagi lapisan verification apabila pengguna log masuk. Ini membantu mengurangkan risiko akaun diakses sekiranya password pengguna telah dicuri atau terdedah.

  • Encryption  

Data perlu dilindungi bukan sahaja ketika disimpan, tetapi juga ketika dihantar. Zoho menggunakan encryption sebagai sebahagian daripada pendekatan keselamatan datanya untuk membantu melindungi maklumat pengguna daripada akses yang tidak dibenarkan. Zoho menyatakan bahawa data pelanggan yang dihantar ke pelayannya melalui rangkaian awam dilindungi menggunakan Transport Layer Security (TLS), manakala data pelanggan yang disimpan menggunakan 256-bit Advanced Encryption Standard (AES).

  • Admin controls  

Dalam organisasi, tidak semua pengguna memerlukan akses kepada semua maklumat. Zoho Workplace menyediakan administrative controls yang membolehkan organisasi mengurus users, policies, permissions dan security settings mengikut keperluan mereka. Ini sangat penting bagi SME yang semakin berkembang kerana struktur akses boleh menjadi lebih kompleks apabila bilangan pekerja meningkat.

Baca artikel Zoho Mail Admin Reports: Pengurusan & Pemantauan Sistem Emel Organisasi

  • Spam dan email protection  

Business email sering menjadi sasaran spam, phishing dan email-based attacks. Zoho Mail mempunyai mekanisme keselamatan untuk membantu melindungi mailbox pengguna daripada ancaman email yang tidak diingini dan berbahaya.

Namun, security bukan hanya bergantung kepada teknologi. Employee awareness juga memainkan peranan penting. Sebab itu organisasi masih perlu mendidik pekerja tentang password security, phishing dan amalan penggunaan email yang selamat.


Privacy juga penting untuk perniagaan Malaysia  

Security dan privacy sering disebut bersama, tetapi kedua-duanya mempunyai fokus yang berbeza. Security berkaitan dengan bagaimana data dilindungi daripada ancaman dan akses yang tidak dibenarkan. Privacy pula berkaitan dengan bagaimana data dikendalikan dan digunakan. Bagi perniagaan di Malaysia, isu privacy semakin penting dengan peningkatan kesedaran terhadap perlindungan data dan keperluan pematuhan kepada Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).

Pemilihan business software seharusnya mengambil kira bukan sahaja features dan harga, tetapi juga bagaimana penyedia perkhidmatan mengendalikan data pelanggan. Zoho meletakkan privacy sebagai salah satu prinsip penting dalam pendekatan terhadap data pengguna. Bagi business owner, perkara ini memberikan satu lagi aspek penting untuk dipertimbangkan ketika memilih productivity suite.

Walau bagaimanapun, penggunaan sesuatu software sahaja tidak bermaksud sesebuah organisasi secara automatik menjadi compliant. SME masih perlu memastikan mereka mempunyai polisi, processes dan amalan yang sesuai dengan keperluan perniagaan serta undang-undang yang terpakai.

 

Satu platform untuk komunikasi dan collaboration  

Selain security, satu lagi kelebihan utama Zoho Workplace ialah bagaimana aplikasi-aplikasinya boleh digunakan bersama.

Bayangkan satu situasi biasa di tempat kerja:

Seorang sales executive menerima email daripada pelanggan melalui Zoho Mail. Pelanggan meminta proposal yang telah dibincangkan dalam meeting sebelum ini.

Sales executive boleh mencari dokumen berkaitan melalui WorkDrive, membuat kemas kini menggunakan Writer dan berkongsi dokumen tersebut dengan team untuk review.

Jika perlu berbincang dengan team, mereka boleh menggunakan Cliq. Untuk perbincangan yang memerlukan meeting, Zoho Meeting boleh digunakan.

Apabila semua tools berada dalam ekosistem yang sama, workflow menjadi lebih tersusun. Matlamatnya bukan untuk menambah lebih banyak software kepada syarikat. Sebaliknya, matlamatnya ialah mengurangkan complexity dengan menggunakan tools yang diperlukan dalam satu ecosystem di tempat kerja.

Zoho Workplace untuk remote dan hybrid team  

Cara bekerja masa kini juga semakin berubah mengikut teknologi dan peredaran zaman. Ramai SME kini mempunyai team yang bekerja secara hybrid, remote atau dari lokasi yang berbeza. Situasi ini menjadikan collaboration tools di dalam perniagaan semakin penting.

Dengan Zoho Workplace, pekerja boleh:

  • Berkomunikasi melalui team chat
  • Mengadakan online meetings
  • Berkongsi dan mengurus dokumen
  • Mengakses fail daripada lokasi berbeza
  • Bekerjasama pada dokumen secara real-time
  • Mengurus calendar dan meeting
  • Berkongsi presentation dan spreadsheet

Ini membolehkan semua team kekal berhubung dan tidak ketinggalan daripada sebarang maklumat walaupun tidak berada di office yang sama.

Mengurangkan kebergantungan kepada terlalu banyak aplikasi  

Salah satu cabaran yang sering dihadapi SME ialah penggunaan terlalu banyak SaaS tools. Pada awalnya, menggunakan aplikasi yang berbeza mungkin kelihatan mudah.

  • "Untuk email kita guna platform A."
  • "Untuk chat guna platform B."
  • "Untuk meeting guna platform C."
  • "Untuk storage guna platform D."
  • "Untuk document pula guna platform E."

Masalahnya mula muncul apabila syarikat perlu mengurus semuanya dan mendaftar akaun baharu pada setiap platform untuk pekerja baharu. Setiap platform mempunyai account, billing, user management, permissions dan security settings yang berbeza, jadi menguruskannya juga tidak sama. Zoho Workplace mengambil pendekatan yang berbeza dengan menggabungkan keperluan komunikasi di tempat kerja dalam satu ecosystem yang sama.

Sesuai untuk SME dan semua perniagaan yang sedang berkembang  

Zoho Workplace bukan hanya untuk syarikat besar. Malah, konsep productivity suite seperti ini boleh menjadi sangat relevan untuk SME yang sedang berkembang. Syarikat kecil mungkin bermula dengan beberapa orang pekerja. Tetapi apabila business berkembang, bilangan pengguna, pelanggan, dokumen dan komunikasi turut meningkat. Dengan menggunakan platform yang lebih tersusun dari awal perniagaan, anda sebagai pemilik syarikat boleh membina asas yang lebih baik untuk berkembang maju.


Jika anda sedang mencari satu productivity suite untuk menggantikan pelbagai platform yang anda gunakan sekarang atau mahu membina persekitaran kerja secara digital yang lebih tersusun untuk syarikat anda, Zoho Workplace boleh menjadi salah satu pilihan yang wajar dipertimbangkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Zoho Workplace dan pilihan pelan yang bersesuaian untuk perniagaan anda, jom lawati Zoho Workplace atau hubungi kami, Zoho Malaysia, untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Comments

Tulis Balasan

The comment language code.
By submitting this form, you agree to the processing of personal data according to our Privacy Policy.