Dari Cold Call ke Close Deal: 5 Strategi CRM yang Wajib Dicuba!

Dunia jualan masa kini semakin dipacu oleh teknologi pemasaran secara digital. Walau bagaimanapun, cold call atau panggilan jualan terus kepada prospek baharu yang belum menjadi pelanggan masih kekal relevan sehingga hari ini. Mungkin ada yang menganggapnya cara yang sudah “lapuk”, tetapi sebenarnya ia bukan sekadar teknik lama. Jika teknik ini dilakukan dengan betul, cold call mampu membuka pintu kepada peluang besar untuk perniagaan anda.

Di Malaysia, ramai pemilik perniagaan dan Sales Team masih bergantung kepada cold call untuk mengembangkan rangkaian pelanggan, terutamanya dalam industri seperti hartanah, produk perbankan, insurans, pendidikan, logistik, malah sektor SME juga. Namun persoalannya, bagaimana anda memastikan setiap panggilan cold call yang dibuat benar-benar berkesan, dan bukan sekadar panggilan rawak yang membazir masa?

Tahukah anda di sinilah platform CRM (Customer Relationship Management) seperti Zoho CRM memainkan peranan? Dengan sistem CRM, cold call tidak lagi sekadar “telefon, perkenalkan produk dan harap prospek berminat.” Sebaliknya, ia menjadi satu strategi yang terancang, tersusun dan berdasarkan data sebenar pelanggan anda.

Mengapa Cold Call Masih Relevan di Zaman Digital?

  1. Pelanggan masih hargai sentuhan manusia Walaupun emel, iklan media sosial dan mesej automatik lebih mudah dan telah digunakan secara meluas, prospek atau bakal pelanggan tetap lebih berminat untuk bercakap secara langsung dengan seorang manusia yang boleh menjawab soalan-soalan mereka untuk kepastian sebelum membuat pembelian.

  2. Maklum balas segera Berbanding menunggu prospek membaca emel atau klik iklan, dengan cold call anda dapat menerima reaksi segera sama ada mereka berminat, ragu-ragu, atau perlukan maklumat dan penerangan tambahan.

  3. Membina kepercayaan dengan lebih cepat Dengan cold call, nada suara yang meyakinkan, perbualan yang mesra dan penerangan yang jelas boleh membina rasa percaya. Ia sesuatu yang sukar untuk dicapai melalui emel, iklan atau mesej teks semata-mata.

Namun, kelemahan cold call tradisional ialah ia sering dilakukan tanpa strategi dan tanpa maklumat yang mencukupi. Hasilnya, prospek rasa terganggu, mesej tidak relevan, dan panggilan gagal. Dengan CRM, semua itu boleh diubah dengan pelan strategi yang baik untuk menjayakannya.

Mengapa CRM Penting untuk Cold Call?

Bayangkan syarikat anda mempunyai ribuan rekod prospek yang perlu dihubungi bersama pasukan jualan yang besar untuk membuat ratusan panggilan sehari, dan dalam masa yang sama permintaan produk yang tinggi. Pasti anda perlukan satu platform untuk memantau dan rekod setiap proses ini bukan? Ia menjadi satu keperluan untuk follow-up berkali-kali sebelum prospek benar-benar berminat dan akhirnya menjadi pelanggan anda.

Dengan pengurusan secara manual tanpa sistem atau platform yang betul, semua rekod panggilan akan mudah terlepas atau hilang dan potensi untuk close deal secara cold call juga akan menurun dan kurang berkesan. Berbeza dengan gabungan penggunaan platform CRM, kesemua maklumat prospek dapat disusun dengan sistematik dalam satu tempat bagi memudahkan Sales Team membuat semakan senarai prospek yang sudah dihubungi atau senarai yang perlu follow-up, dan senarai yang paling berpotensi untuk membeli. Kesemua rekod aktiviti untuk setiap prospek seperti tarikh panggilan telefon, emel, mesej WhatsApp, malah nota perbualan juga boleh direkod secara automatik terus dari sistem. Hasilnya akan membuatkan cold call jadi lebih strategik, sistematik, efisyen, dan produktif!

5 Strategi Tingkatkan Keberkesanan Cold Call dengan CRM

  1. Pembahagian Jenis Prospek dengan Lebih Sistematik

    CRM dapat membantu anda untuk membahagikan prospek mengikut kategori berbeza seperti:

  • Industri (contoh: hartanah, pendidikan, perkilangan).

  • Lokasi (contoh: KL, Penang, Johor).

  • Saiz syarikat atau jumlah pekerja.

  • Tahap minat berdasarkan perbualan interaksi sebelum ini.

    Dengan pembahagian mengikut kategori tersendiri, ia lebih memudahkan kerja sales team untuk merancang strategi, sebagai contoh, skrip panggilan mengikut keperluan sebenar prospek. Hasilnya, panggilan lebih relevan, prospek lebih terbuka untuk mendengar penerangan.

  1. Rancang Strategi Panggilan Berdasarkan Sejarah Interaksi

    Bayangkan situasi anda hubungi prospek dan terus boleh menyentuh sejarah rekod interaksi prospek:

    “Encik Ahmad, saya nampak encik ada isi borang di laman web kami minggu lepas tentang CRM untuk SME. Saya nak kongsi lebih lanjut bagaimana ia boleh bantu syarikat encik.”

    Bunyinya jauh lebih meyakinkan berbanding panggilan rawak tanpa mengetahui latar belakang prospek bukan? Prospek akan rasa lebih dihargai dan ia berpotensi membina kepercayaan yang akan membawa kepada close deal!

  1. Follow-up Automatik & Tersusun

    Satu cold call tidak cukup untuk meyakinkan prospek menjadi pelanggan. Kajian menunjukkan kebanyakan jualan hanya berlaku selepas beberapa kali follow-up.

    Dengan CRM anda boleh automasikan proses ini dengan mudah:

  • Anda boleh tetapkan peringatan automatik untuk follow-up melalui panggilan, emel atau WhatsApp.

  • Tetapkan notifikasi untuk memastikan tiada prospek yang “terlepas pandang.”

  • Anda juga boleh set untuk automasikan mesej secara berperingkat seperti menghantar katalog, brochure digital, atau link video.

    Bayangkan seorang sales team perlu follow up ribuan prospek dalam masa satu bulan? Proses automasi dengan CRM ini sangat membantu Sales Team menguruskan kerja dengan sistematik dan memudahkan mereka berinteraksi dengan prospek.

  1. Analisis Data & Prestasi Panggilan

    Antara kelebihan lain, dengan CRM anda boleh melihat dan memantau laporan analitik di mana dari laporan ini anda boleh tahu:

  • Berapa panggilan dibuat sehari.

  • Masa paling sesuai untuk hubungi prospek.

  • Jumlah sales team yang berjaya membuat jualan.

    Dengan data ini, pengurus boleh mengenal pasti strategi yang berkesan dan bersesuaian mengikut strategi dan kategori berbeza atau siapa yang perlukan latihan tambahan dan juga bagaimana untuk membuat penambahbaikan atau pendekatan panggilan seterusnya.

  1. Integrasi Dengan Saluran Komunikasi Lain

    Zaman sekarang, pelanggan tak hanya angkat telefon. Mereka juga aktif di WhatsApp, emel, dan media sosial. CRM boleh integrate dengan semua saluran komunikasi ini hanya dengan klik pada nombor prospek di dalam CRM untuk terus membuat panggilan. Semua mesej WhatsApp atau emel pelanggan juga boleh direkod secara automatik ke dalam profil mereka. Begitu juga semua perbualan di pelbagai saluran ini dapat dilihat dalam satu tempat. Ini memudahkan dan dapat memastikan Sales Team anda mempunyai pandangan menyeluruh terhadap sejarah dan perjalanan prospek atau pelanggan untuk rujukan masa hadapan.


 

Zoho CRM: Penyelesaian lengkap untuk cold call yang berkesan!

Zoho CRM direka khas bagi disesuaikan untuk perniagaan kecil mahupun syarikat besar dengan ribuan Sales Team. Zoho CRM mampu menyimpan semua interaksi pelanggan dari emel, borang web, mesyuarat, atau nota daripada sejarah panggilan sebelumnya. Sales Team boleh menggunakan maklumat ini untuk menjadikan cold call lebih berkesan. Antara kelebihan lain Zoho CRM:

  • Urus ribuan prospek dengan mudah. Semua maklumat akan disimpan dalam satu tempat dan memudahkan untuk rujukan semua pihak tanpa isu data hilang.

  • Automasikan kerja yang berulang-ulang. Rekod simpanan prospek secara manual sangat membebankan pekerja. Dengan Zoho CRM, semua rekod hanya di hujung jari dan mudah dicari, sales team akan kurang bebanan dan lebih fokus bekerja.

  • Pantau prestasi jualan secara telus. Laporan prestasi sangat penting untuk memastikan pengurusan syarikat berada di jalan yang betul. Dengan Zoho CRM, pengurus dapat memantau prestasi pekerja dan juga prestasi proses panggilan cold call.

  • Integrasi dengan WhatsApp, telefon & emel. Semua interaksi prospek atau pelanggan akan direkod secara automatik ke dalam profil mereka. Ia memudahkan setiap sales team untuk melihat sejarah latar belakang sebelum membuat panggilan untuk melancarkan lagi perbualan.

Dengan Zoho CRM, cold call bukan lagi sekadar panggilan nombor rawak prospek. Ia boleh menjadi sebahagian daripada strategi jualan yang bijak berasaskan data dengan peluang lebih besar untuk menjadikan prospek anda bertukar sebagai pelanggan dan dalam masa yang sama membawa keuntungan kepada syarikat.

Secara kesimpulanya, cold call bukan teknik lama yang patut ditinggalkan, sebaliknya ia masih relevan jika dilakukan dengan strategi dan data yang tepat. Zoho CRM dapat menjadikan setiap panggilan prospek lebih tersusun, follow-up menjadi lebih konsisten dan interaksi menjadi lebih relevan berdasarkan rekod pelanggan. Untuk perniagaan yang mengurus ribuan prospek dan sales team yang besar, Zoho CRM adalah kunci untuk menukar cold call menjadi close deal!

Berminat nak tahu bagaimana Zoho CRM boleh bantu Sales Team anda tingkatkan hasil jualan? Jom hubungi kami untuk demo percuma!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

The comment language code.
By submitting this form, you agree to the processing of personal data according to our Privacy Policy.

Post Berkatian