Zoho CRM for Everyone: Pengurusan Pelanggan Lengkap Dalam Satu Platform

Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif masa kini, kita pasti memerlukan perubahan mengikut peredaran masa. Sama ada mengikut peredaran dari segi teknologi, pasaran atau cara pembelian pelanggan, semuanya akan sentiasa berubah dan berkembang. Jika dahulu CRM hanya dilihat sebagai alat untuk Sales Team semata-mata, tetapi kini peranannya jauh lebih luas.

Perjalanan untuk mendapatkan pelanggan hari ini bukan lagi mudah. Ia akan melibatkan banyak pihak dalaman lain dari team atau department yang berbeza. Contohnya, selepas Sales Team berjaya close deals, proses seterusnya pelanggan akan berhubung dengan Legal Team untuk proses kontrak atau berurusan dengan Finance Team untuk invois, dan Onboarding Team untuk permulaan penggunaan produk ataupun mungkin pasukan sokongan(Support Team) untuk rujukan pertanyaan pelanggan.

Kebanyakan syarikat di Malaysia masih menguruskan kesemua proses ini secara manual tanpa menggunakan platform CRM dengan pengurusan dan penyimpanan dokumen berbeza dan berasingan untuk setiap team. Sebenarnya proses rekod secara manual ini secara tidak langsung menjadikan customer journey menjadi perlahan, tidak sistematik dan berpotensi tinggi untuk rekod hilang di pertengahan proses memandangkan rekod pelanggan sukar untuk dicari dan dipantau oleh team lain.

Jadi inilah masalah dan situasi sebenar yang sering terjadi dan cuba diatasi oleh Zoho CRM for Everyone!


Apa itu Zoho CRM for Everyone?

Zoho CRM for Everyone merupakan inisiatif terbaru daripada Zoho yang membolehkan semua team atau department yang terlibat didalam proses berkaitan pengurusan pelanggan berkerja didalam satu platform yang sama, dimana semua data pelanggan disimpan secara centralize dan boleh diakses oleh semua pihak terlibat dari pelbagai team atau department berbeza.

Dengan pendekatan ini, setiap team boleh berkongsi maklumat terus didalam satu platform, tanpa perlu menggunakan sistem dan proses yang berbeza. Ia menjadikan kerjasama dalaman menjadi lebih lancar dan sistematik. Proses menguruskan pelanggan juga akan menjadi lebih teratur dari awal hingga akhir proses. Tiada lagi pelanggan yang “terlepas pandang” atau tertinggal.


Apa yang ditawarkan oleh Zoho CRM?

1. Team modules

Jika sebelum ini, CRM lebih sinonim dengan proses jualan dan pemasaran. Tetapi dengan Zoho CRM for Everyone, setiap team atau department berbeza boleh merangka modul sendiri mengikut keperluan mereka dengan tetapan kebenaran akses tersendiri. Sebagai contoh bagi Legal Team boleh mengakses maklumat prospek secara langsung bagi penyediaan kontrak pelanggan, manakala Onboarding Team boleh terus mengemaskini status onboarding akaun pelanggan. Dengan features ini, semua yang terlibat dapat saling berkerjasama dengan lebih dekat dan sentiasa up-to-date dengan maklumat prospek dan pelanggan.

2. Requester Profiles

Biasanya komunikasi dalaman dalam sesuatu syarikat berlaku melalui emel, panggilan telefon atau mesej di ruang kolaborasi. Apabila semua pasukan mula menggunakan Zoho CRM, kerjasama antara team atau department dapat diselaraskan dengan lebih mudah. Setiap team boleh terus berinteraksi, meminta maklumat daripada department lain, memberi tugasan seterusnya dan menetapkan deadline melalui platform yang sama. Kesemua perkongsian akan direkodkan di dalam Zoho CRM dan ianya boleh dicari semula. Dengan cara ini, keseluruhan pengurusan pelanggan menjadi lebih telus, terurus dan mudah dikawal.

3. Aliran Kerja dan Rekod yang Saling Berhubung

Apabila semua team sudah berada dalam Zoho CRM, aliran kerja setiap team atau department yang terlibat boleh terus diautomasikan dengan lebih teratur. Untuk memudahkan kerjasama antara team, anda juga boleh menetapkan syarat tertentu sebelum sesuatu tugas dihantar ke department lain untuk proses seterusnya.

Contoh mudah:

  • Langkah seterusnya tidak boleh diteruskan ke proses onboarding sekiranya kontrak belum ditandatangani oleh pelanggan.

  • Selepas pelanggan bersetuju dan kontrak ditandatangani, sistem akan secara automatik mencipta rekod onboarding pelanggan baru untuk memulakan proses.

Dengan aliran kerja yang saling berhubung, proses tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada individu. Sistem akan membantu menghantar notifikasi, mengawal dan memastikan setiap langkah berjalan mengikut turutan yang betul. Bagi perniagaan di Malaysia yang sering berdepan isu dokumen hilang atau kerja tertangguh kerana “menunggu proses dari department lain”, automasi aliran kerja melalui Zoho CRM for Everyone pasti dapat membantu menyelesaikan isu ini dengan lebih efisien.

4. AI dan Image-to-Canvas yang Berguna & Sangat Membantu

Anda tidak perlu risau jika ada pasukan yang kurang mahir dalam penggunaan sistem, kerana Zoho CRM dilengkapi dengan AI yang membantu dalam create module, menetapkan proses aliran kerja dan menghasilkan laporan yang terperinci hanya melalui arahan AI atau prompt yang mudah.

Selain itu, team anda juga boleh menggunakan fungsi Image-to-Canvas untuk menjadikan paparan harian anda lebih interaktif dan tersusun. Dengan hanya memuat naik satu gambar, sistem akan menukar paparan tersebut kepada layout kerja yang lebih mudah digunakan serta sesuai dengan cara kerja harian setiap team atau department anda.

Fungsi ini membantu memastikan setiap department dapat menyesuaikan sistem CRM mengikut keperluan mereka sendiri tanpa perlu bergantung kepada pasukan IT.

Kesimpulan

Di Malaysia, setiap perniagaan berdepan persaingan yang semakin sengit serta permintaan pelanggan yang berbeza-beza. Penggunaan CRM dalam perniagaan menjadi salah satu faktor yang membezakan antara perniagaan yang berkembang pesat dengan pengurusan yang cekap, dan perniagaan yang masih ketinggalan kerana menguruskan proses secara manual yang membebankan semua pihak.

Secara ringkasnya, Zoho CRM for Everyone sesuai untuk semua pengguna tidak kira sama ada eksekutif jualan dari Sales Team, pegawai undang-undang dari Legal Team, jurutera dari Technical Team, mahupun Support Team. Semua boleh bekerjasama dalam satu platform yang sama dengan lebih jelas, teratur dan efisien.

Zoho CRM for Everyone bukan sekadar menaik taraf fungsi sedia ada, tetapi ia membawa perubahan cara kita melihat CRM. Kini ia menjadi platform menyeluruh yang menyatukan semua pihak untuk mewujudkan pengalaman customer journey yang lebih baik.

Jadi, mungkin inilah masanya untuk anda automasi pengurusan pelanggan anda dengan Zoho CRM for Everyone dan rasai sendiri evolusi teknologi terkini yang kami tawarkan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

The comment language code.
By submitting this form, you agree to the processing of personal data according to our Privacy Policy.

Post Berkatian