Dalam dunia perniagaan yang semakin pantas, menguruskan kehadiran pekerja, cuti, elaun, OT dan proses penggajian sangat memakan masa jika dilakukan secara manual. Ramai majikan dan HR di Malaysia masih menguruskan keseluruhan proses menggunakan platform yang berbeza dalam satu masa hanya untuk memastikan data pekerja teratur dan gaji sentiasa tepat.
Tahukah anda kini Zoho People boleh diintegrasikan terus dengan PayrollPanda? PayrollPanda ialah sistem penggajian(payroll) yang popular di Malaysia. Ia direka khas untuk pemilik perniagaan dan pengurus HR agar dapat menguruskan gaji pekerja termasuk pengiraan PCB, EPF, SOCSO, EIS dan slip gaji bulanan dengan mudah, cepat dan patuh kepada peraturan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.
Integrasi ini memudahkan pengurusan HR menguruskan proses penggajian tanpa perlu export semula data dari satu sistem ke sistem lain secara manual. Semua maklumat pekerja dari Zoho People boleh terus dipindahkan ke PayrollPanda melalui integrasi ini dengan mudah tanpa risiko ralat atau human error. Data-data pekerja juga lebih selamat, mudah dicari dan sentiasa tepat.
Apa itu Zoho People?
Zoho People ialah sistem perisian Pengurusan Sumber Manusia atau Human Resource Management software secara cloud-based yang membantu syarikat menguruskan cuti, kehadiran, waktu kerja, rekod pekerja, penilaian prestasi, elaun, dan jadual kerja. Zoho People sesuai digunakan oleh semua saiz syarikat dan boleh digunakan di pelbagai industri seperti perkhidmatan, pembuatan, penjagaan kesihatan, agensi pemasaran, pembinaan dan banyak lagi.
Cara-cara untuk set Integrasi Zoho People dengan akaun PayrollPanda anda:
Langkah 1 : Untuk connect akaun Zoho People anda, pastikan anda mempunyai akses admin.
Log in akaun PayrollPanda dan pergi ke Settings > Integrations > Zoho People, dan klik pada Zoho People > klik Connect with Zoho People > kemudian log in akaun Zoho People anda > klik Accept untuk benarkan integrasi.




Langkah 2: Anda perlu tetapkan setting tertentu seperti waktu berkerja normal bagi pekerja yang dibayar mengikut jam, maklumat cuti dan tempoh kerja lebih masa(overtime). Anda boleh pilih jangka masa tarikh tertentu dan perkerja untuk sync dengan akaun Zoho People.




Langkah 3: Selepas anda set semua maklumat penting di step ke 2, anda boleh sync data dengan klik butang Payroll > Pilih Payroll bulan tertentu > dan klik pada butang Sync Payroll data > klik sync Zoho People.



Langkah 4: Apabila payroll diluluskan di dalam sistem PayrollPanda, anda ada pilihan untuk set paparkan Payslipspekerjake dalam Zoho People mereka(akaun pekerja) dengan klik pada Publish Payslips > pilih Zoho People.

Jadi setiap pekerja boleh terus download payslip bulanan mereka sendiri terus dari dalam akaun Zoho People mereka dengan klik pada Self-service > Files > Pilih bulan.

Anda juga boleh terus ke website https://www.payrollpanda.my/zoho-payroll-malaysia/ untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh sync akaun PayrollPanda anda dengan Zoho People.
Kesimpulan
Integrasi Zoho People dengan PayrollPanda dapat membantu pengurusan HR dan payroll dalam syarikat-syarikat di Malaysia menjadi lebih lancar, tepat dan menjimatkan masa. Ia juga mengurangkan risiko kesilapan manual dan memastikan semua maklumat pekerja sentiasa teratur.
Jika anda ingin mula menggunakan Zoho People atau perlukan bantuan integrasi, klik link Zoho People ini untuk sesi demo dan penerangan lebih lanjut!

Comments